Khamis, 6 Oktober 2011

Telefon Bimbit Rakam Gambar 3D


LONDON, Britain – Telefon bimbit pintar yang dapat merakamkan gambar panorama tiga dimensi (3D) akan berada dalam pasaran pada bulan depan, lapor sebuah akhbar semalam.

Imej 3D telefon pintar itu adalah daripada siri Xperia Arc S keluaran Sony Ericsson yang boleh ditonton melalui televisyen yang menyokong aplikasi 3D. Imej yang dirakamkan akan dipaparkan dalam bentuk 2D pada skrin telefon pintar tersebut.