Jumaat, 30 Disember 2011

Kalendar 2012

Assalamualaikum wrt wbt. Salam Sejahtera
Kalendar!   Kalendar!   Kalendar!   Kalendar 2012!

Nah Amekaw!  Kalendar 2012 untuk tatapan anda semua sepanjang 2012.

Ramai yang menunggu 'kelahiran' kalendar 2012 ne. Yg menanya pun ramai....

Macam2 info ada dalam tu... Paling diminati adalah tarikh gaji ler..... Tahun 2012 ne untung banyak ler. Ada 3 bulan, tarikh gaji dibayar awal, iaitu :

  • Januari - 16.1.12 (Chinese New Year)
  • Ogos -  13.8.12 (Hari Raya Aidilfitri). Yg ne memang korang suka punya! itu pun yg ditunggu. Tahun ne memang xde bonus ler... Sebab gaji baru je dinaikkan (Iye ker?... Mana kenaikan 7-13% tu? hihihii.....)
  • November - 6.11.12 (Depavali).
Bayar awal ke bayar lambat ke, gaji habis  macam tu jugak kalau tak pandai uruskan!

Tahun 2012 ne jugak, banyak cuti jatuh hari Ahad. Jawabnya extendlah cuti umum tu. Cuti berganda ada, cuti triple ganda pun ada...
  • 1-2 Januari (Ahad-Isnin) - Cuti Awal Tahun. Tak semua negeri cuti. Org Johor kerja yer...
  • 5-7 Febuari (Ahad-Selasa) - Ini cuti triple utk org Wilayah Persekutuan. Ahad (5hb) Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW disambung sampai Isnin (6hb). 7hb (Selasa) cuti Hari Thaipusam. Dah ler 1hb Feb (Rabu) cuti umum utk orang KL (dan rakan sewaktu dengannya). Kalau apply cuti 2 hari (2-3 Feb), dapat ler cuti seminggu! Apply 2 hari, dapat cuti 7 hari. Ini namanya Untung Orang Ramai (Mcm duta UO plak)....
  • 19-20 Ogos (Ahad-Isnin) - ne jgn citer lah... Minggu raya Aidilfitri... Pulun sakan laaa...
  • 16-17 September (Ahad-Isnin) - Hari Malaysia... Mmmm sape mulakan dulu ye "Projek 16 September" ne?

Yang paling best, cuti sekolah akhir tahun 2012 ne panjang sedikit. Tahun 2011, cuti akhir tahun bermula 19.11.11 sehingga 01.01.12 (44 hari jer). Tahun 2012, cuti akhir tahun bermula pada 10.11.12 (cantik no ne, sape pilih tarikh ne utk bernikah) sehingga 01.01.13 (53 hari). Aku nak pulun cuti hujung tahun 2012... Tarikh keramat yang ditunggu 20.12.2012 ..... sapelah kawin pada tarikh tu....

Bulan Ramadhan 1433H berkemungkinan jatuh pada hari Sabtu, 21.07.12. Yang bestnya, 5 hari setelah berpuasa, dah dapat gaji bulan Julai, dan 6 hari sebelum hari raya 13.08.12, dah dapat gaji bulan Ogos plak. Enjoy sakan laaa... Tapi lepas tu 42 hari lah korang sensara tunggu gaji bulan September pada 25.09.12.. hahahahahaaaa.....

Cara download fail PDF:
2. Lepas itu, click kotak hijau utk save dalam PC anda.
     (kalau click picture bawah ne pun, boleh jugak download)
3. Sekian, terima kasih. Wassalam.